Thursday, August 12, 2010
GEJALA GANGSTERISME
Dalam era globalisasi ini, masalah gangsterisme seolah-olah semakin menular dikalangan masyarakat terutamanya bagi golangan remaja.Kemajuan yang dicapai negara pada hari ini menjadi tidak begitu mantap dengan wujudnya penularan gejala gangsterisme dikalangan masyarakat.Penglibatan gejala gangsterisme terbahagi kepada dua golangan iaitu delinkuen dan devian.Delinkuen bermaksud remaja yang bersekolah manakala devian pula merupakan golangan yang melanggar norma masyarakat setempat.Menurut Haslina Hassan(2000),beliau mengatakan delinkuen dan tindakan ganas remaja merupakan perlakuan yang diwariskan oleh golangan terdahulu dan aktivitinya diluar kawasan sekolah.
Penularan gejala gangsterime mempunyai pelbagai faktor antaranya terdapat pengaruh rakan sebaya.Menurut Artwater(1998) rakan sebaya merupakan rakan seumur dan boleh dikategorikan sebagai rakan sepermainan atau rakan seperjuangan.Hal yang sedemikian, membolehkan golangan ini menerima pelbagai pengaruh melalui rakan sebaya sama ada negatif ataupun positif sesuatu perkara tersebut.Selain itu keakraban yang terjalin melalui rakan sebaya dapat membentuk norma seseorang dan seterusnya kelembah kehancuran ataupun kebaikkan.Jesteru itu, pemilihan rakan sebaya amat penting kepada segenap lapisan masyarakat kearah pembetukan masyarakat yang bertamadun pada masa akan datang.
Media massa juga tidak terlepas daripada faktor yang menyumbang penglibatan masyarakat kekancah gejala gangsterisme.Media massa bermaksud proses komunikasi yang mengasaskan usaha bagi mengatur sefahaman antara manusia menerusi bahasa yang diucapkan.Penglibatan media massa kearah penambahan golangan remaja terhadap gejala gangsterisme adalah melalui filem aksi yang ditayangkan,majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme melalui televisyen.Pengaruh media massa sangat mempengaruhi pemikiran dan perlakuan masyarakat pada masa ini.Hal ini, menunjukkan peranan yang dimainkan media massa perlu diambil kira supaya pembentukan norma masyarakat dapat diperhalusi dan dipenuhi dengan pelbagai nilai estetika yang baik.
Gejala gansterisme juga berpunca daripada pergolakan kelurga.Menurut takrif antropologi kelurga merupakan satu unit kumpulan keluarga,manakala Frend(1953) mengatakan keluarga dirujuk sebagai kombinasi ibu,bapa,dan anak yang tinggal serumah.Keluarga juga merupakan model penting kearah pembentukan norma remaja.Kemusnahan institusi keluarga dapat memberi sumbangan besar kearah peningkatan gejala gangsterisme,contohnya di sekolah terdapat pelbagai masalah sosial dikalangan remaja termasuklah menjadi ahli gangster dengan melakukan pelbagai perlakuan jahat untuk kepentingan kumpulan gangster tersebut tanpa menghiraukan kesengsaraan orang lain.Pergolakan keluarga membolehkan anak-anak mereka terlibat dengan gejala gangsterisme sebagai jalan kepada mereka melepaskan stress dan akhirnya menyebabkan mereka menjadi seronok seterusnya wujudlah penambahan ahli baru dalam gang gangsterisme.Hal sedemikian,menunjukkan gejala gangsterisme kian menjadi kebimbangan peneraju Negara untuk mencari penganti pada masa hadapan supaya dapat meneruskan perjuangan mereka memartabatkan negara seiring dengan hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang tahun 2020.
Selain itu,terdapat pelbagai langkah yang efisyen dapat dilaksanakan bagi menangani masalah penularan gejala gangsterisme ,antaranya pengwujudan rakan cop.Rakan cop merupakan antara langkah yang dibuat melibatkan kerjasama daripada masyarakat bagi mengurangkan gejala gangsterime dikalangan masyarakat.Melalui langkah tersebut keberkasan mengesan aktiviti gangsterisme akan menjadi mudah seterusnya pengurangan statistik gejala ini semakin rendah.Menurut berita harian pada 12 julai 2001 melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi pelajar dan remaja perempuan.Peratusannya semakin meningkat sehingga kehari ini.Tamsilnya, penyekatan terhadap gejala ini perlu dipandang serius supaya kepincangan negara dimasa hadapan tidak akan berlaku.
Gejala gangsterisme juga dapat dikurangkan melalui pemilihan rakan.Individu haruslah pandai memilih rakan yang sesuai untuk dijadikan teman kerana hampir lebih 50 peratus sikap seseorang dipengaruhi oleh rakan sebaya.Banyak pembaziran masa akan berlaku hanya kerana mengiginkan kebebasan.Implikasinya mengakibatkan pelbagai aktiviti yang tidak sihat berlaku akhirnya penglibatan mereka terikut-ikut kearah perkara negatif seperti kumpulan gangster dan sebagainya,jika masih berleluasa maka masalah ini tidak akan berkurang.
Langkah seterusnya adalah meminda Mahkamah Juana 1947 dengan mengetatkan lagi hukuman kepada pesalah dibawah umur.Penglibatan remaja pada hari ini adalah pada tahap membimbangkan kerana gejala samseng atau gangsterisme disekolah menengah diseluruh negara juga meningkat.Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata berbahaya,contohnya Tee Kui Kat dibelasah ketika berada dikawasan sekolah ketika beliau berada ditingkatan 4 pada tahun 2008.Hal ini, secara tidak langsung mengakibatkan ketakutan kepada pelajar-pelajar kerana ketidakselamatan berada disekolah.
Tuntasnya disini,gejala gangsterisme perlu ditangani dengan drastik terutamanya disekolah bagi golangan remaja.Pantauan daripada ibu dan bapa serta penjaga amatlah perlu kerana mereka lebih rapat dan memahami kehendak dan tingkahlaku anak-anak mereka.Jesteru itu,semua pihak haruslah berganding bahu menangani masalah gangsterisme dikalangan generasi kini supaya kestabilan serta ketamadunan Malaysia dapat dibentuk berdasarkan sahsiah dan kecemerlangan yang terpuji masyarakat seiring mengapai hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang tahun 2020.
Disediakan oleh : Norbariyah binti Shahbudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment