Tuesday, August 17, 2010

GEJALA PENAGIHAN DADAH


 Dewasa ini, acap kali khabaran tentang gejala sosial dipaparkan di media massa dan media cetak. Gejala sosial seumpamanya sudah tidak dapat dibendung lagi kini. Gejala penagihan dadah adalah antara gejala sosial yang semakin berleluasa dan melibatkan ramai pihak terutamanya golongan remaja. Dadah dapat diistilahkan sebagai sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani (mental), jasmani (fizikal ) dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila menggunakannya.Antara jenis dadah yang dikenalpasti ialah heroin, morfine, ganja, kokain, kanabis, dan sebagainya. Persoalannya, apakah faktor di sebalik gejala ini berlaku?

Namun beberapa faktor telah dikenalpasti bagi menjawab persoalan akan berleluasanya gejala penagihan dadah dalam kalangan remaja ini. Antaranya ialah perasaan ingin mencuba yang ada dalam diri seseorang remaja tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan gejala ketagihan dadah ini berlaku keatas golongan remaja disebabkan mereka ini berdarah panas pada ketika berusia dalam linkungan umur antara 12 hingga19 tahun. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru ini mendorong mereka untuk menerokai budaya atau sesuatu perkara yang baru bagi mereka. Disebabkan hal ini, remaja mudah terjebak ke kancah penagihan dadah atas desakan ingin mencuba. Walaupun mereka tahu akan bahaya dadah, namun atsas desakan dan tuntutan jiwa untuk mencuba mengatasi segala-galanya.

Antara faktor lain yang dapat dikenalpasti dan turut menyumbang kepada gejala penagihan dadah ini ialah kerana pengaruh daripada rakan sebaya. Faktor ini merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan kadar penagihan dadah dalam kalangan remaja di Malaysia. Hal ini terjadi kemungkinan kerana, seseorang remaja lebih rapat dengan rakan-rakan mereka kerana banyak waktu mereka dihabiskan bersama rakan berbanding dengan keluarga. Berhubung dengan pengaruh rakan sebaya ini,semestinya ada acara cabar mencabar diantara mereka bagi menunjukkan potesi diri masing-masing. Desakan daripada rakan untuk mencuba dadah akhirnya menyebabkan rasa ketagihan yang berpanjangan. Ramai diantara remaja yang terjebak dengan aktiviti penagihan dadah disebabkan oleh pengaruh daripada rakan sebaya mereka.

Disamping pengaruh daripada rakan sebaya,gejala penagihan dadah turut disumbangkan oleh faktor tekanan perasaan. Tekanan perasaan yang melampau boeh menyebabkan ramai yang mengambil inisiatif mencuba dadah bagi menenangkan fikiran mereka. Pada mulanya,dadah yang diambil hanya sekadar untuk merangsang fikiran untuk ketenangan, namun menjadi ketagihan akibat kekerapan pengambilan dadah. Sesetengah dadah yang diambil oleh seseorang boleh mengakibatkan rangsangan untuk suatu jangka masa yang panjang.Hal ini akan mengakibatkan pengguna ketagihan lama. Ketagihan di peringkat yang serius boleh menyundang kepada kerosakan jiwa indivudu tersebut. Persekitaran, tempat kerja, tempat kerja, dan keadaan sekeliling adalah merupakan antara pengaruh terhadap berlakunya masalah tekanan perasaan ini dan seterusnya menyumbang kepada gejala penagihan dadah yang semakin berleluasa kini.

Bagi mereka yang terjerumus dalam kancah penagihan dadah ini semestinya akan mendapat implikasi terhadap diri mereka terutamanya golongan remaja. Antara implikasi yang besar ialah mengalami kerosakan organ dalaman badan. Hal ini kerana,akibat daripada pengambilan dadah yang banyak dan secara berterusan. Organ dalaman yang sensitif seperti jantung, otak,hati akan mengalami gangguan dari segi menjalankan operasi sistem badan. Dan ini akan menyebabkan seseorang yang mengambil dadah akan mengalami masalah dan gangguan sistem badan malah sesetengahnya mudah dijangkiti dengan pelbagai penyaki merbahaya seperti AIDS, HIV dan sebagainya. Tahap imunisasi badan yang rendah akan lebih memudahkan penyebaran penyakit dan mengancam nyawa kepada si penagih.

Untuk membendung masalah penagihan dadah yangsemakin berleluasa ini, semua pihak haruslah memainkan peranan masing bagi meyelesaikan permasaalahan yang yang semakin meruncing kini. Antara pihak yang terlibat bagi menggalas tanggungjawab masalah penagihan dadah ini ialah ibu bapa,masyarakat dan pihak kerajaan. Sebagai ibu bapa, mereka berperanan dalam mencorak anak-anak bagi menentukan masa depan mereka. Didikan yang baik dapat menentukan hala tuju anak-anak samaada kearah yang baik atau terjurumus ke arah gejala sosial. Manakala, peranan masyarakat pula ialah memberi perhatian dan kerjasama dalam membanteras gejala penagihan dadah yang diusahakan. Kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan amatlah diperlukan bagi menggerakkan lagi usaha memerangi gejala penagihan dadah. Kerajaan juga menggerakkan usaha bagi menangani permasaalahan ini supaya tidak lebih berleluasa lagi. Kolaborasi antara semua pihak akan dapat mencapai target utama utuk mengurangkan masaalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat ini.

Kesimpulannya, berleluasanya masalah penagihan dadah dalam kalangan warga Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama. Pengambilan dadah dalam kehidupan manusia akan memberi impak yang besar kepad individu, masyarakat dan juga negara. Gandingan bahu antara semua pihak dapat mengurangkan kadar penagihan dadah di negara ini dan menjadikan negara sebuah negara yang aman dan bebas daripada masalah sosial.

DISEDIAKAN OLEH : SUHAIDATUHASMAUIYAH BT CHE OMAR

No comments:

Post a Comment