Definisi Sumbang Mahram
Sumbang mahram atau inses ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah atau nasab keturunan dengan mangsa.Selain itu ia juga dapat dieertikan sebagai hubungan zina antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi agama,undang-undang dan adat resam sesuatu budaya tersebut.Gejala ini boleh berlaku sama ada secara rela atau paksaan yang melibatkan hubungan lelaki dan perempuan yang bersaudara dan diharamkan untuk berkahwin sesama mereka dari segi agama.
Melaui Firman ALLAH swt dlm Surah An-Nisaa. (ayat 23)
Maksudnya : Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) : ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak saudara yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak tiri yang dalam peliharaan kamu dan isteri-isteri yang telah kamu campuri,tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu ( dan kamu telah pun menceraikan mereka).Maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).Dan (haram juga kamu berkahwin dengannya) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.Dan diharamkan bagi kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadikan isteri-isteri kamu), kecuali yang berlaku pada masa yang lalu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
FAKTOR –FAKTOR SUMBANG MAHRAM
Faktor-faktor dalaman :
1) Kejahilan masyarakat tentang amalan cara hidup islam.
Kehidupan masyarakat masa kini yang lebih mementingkan kemajuan hidup dan kekayaan menyebabkan mereka lalai dan meninggalkan kewajipan mereka sebagai umat Islam.Hal ini menyebabkan hilangnya rasa takwa mereka terhadap Allah sehingga sanggup melakukan perkara keji ini tanpa memikirkan halal atau haram dan dosa atau pahala.
2) Tahap iman yang lemah
Kegagalan isteri dalam memenuhi keperluan suami. Hal ini berlaku apabila pasangan suami isteri tersebut terlalu sibuk dengan tuntutan kerja pada waktu yang berlainan.Misalnya, isteri kerja pada waktu siang,manakala suami pula bekerja pada waktu malam.Hal ini mendorong suami menggunakan anak-anak untuk memuaskan nafsu syahwat mereka.
3) Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga
Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada sumbang mahram.Sebagai contohnya,terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengasingkan tempat tidur anak-anak mereka yang berlainan jantina sejak mereka berumur tujuh tahun.hal ini menjadi salah satu punca menyebabkan berlakunya gejala ini.
Faktor-faktor luaran :
1) Etika Pemakaian dlm Keluarga
Peranan ibu bapa dalam keluarga yang tidak begitu menitikberatkan etika berpakaian kepada anak-anak sejak mereka kecil turut menyebabkan terjadinya perkara sebegini.Anak-anak perempuan terutamanya yang memakai pakaian yang terdedah menyebabkan ahli-ahli keluarga lelaki mereka tidak dapat mengawal nafsu syahwat sehingga sanggup merogol adik-beradik sendiri untuk memuaskan nafsu mereka.
2) Rangsangan nafsu akibat lambakan bahan-bahan lucah
Hal ini merupakan antara faktor-faktor utama yang menyebabkan individu terlibat dengan kegiatan tidak bermoral in.Lambakan bahan-bahan lucah yang mudah tersebar melalui media massa dan media elektronik seperti internet,telefon bimbit, dan majalah-majalah hiburan yang berunsur lucah menjadikan gejala ini menjadi semakin parah dalam masyarakat kita masa kini.Golongan remaja misalnya, lebih mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipaparkan sehingga sanggup menjadikan saudara sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu mereka akibat dorongan nafsu yang tidak terkawal.
KESAN-KESAN SUMBANG MAHRAM
Kepada individu :
1) Trauma : Individu berkemungkinan besar menghadapi masalah trauma tekanan perasaan yang melampau sehingga mereka terdorong melakukan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri kerana tidak sanggup berhadapan dengan masyarakat yang memandang serong terhadap mereka.
2) Kurang keyakinan diri dan kemurungan : Kes ini menyebabkan individu kurang bergaul dengan ahli masyarakat sehingga menyebabkan individu berasa terpinggir dengan masyarakat yang tidak prihatin dengan
masalah yang dihadapi individu tersebut.
3) Kurang kepercayaan terhadap keluarga dan masyarakat : Kes ini menyebabkan individu hilang kepercayaan terhadap ahli keluarga yang sepatutnya memainkan peranan penting untuk melindungi dan menjaga maruah mereka tetapi perkara sebaliknya yang berlaku ke atas diri individu tersebut.Selain itu,individu turut hilang kepercayaan terhadap masyarakat kerana ahli keluarga terdekat sendiri sanggup melakukan perkara tersebut apatah lagi individu yang tidak dikenali.
Kepada masyarakat :
1) Masyarakat akan berpecah-belah : Hal ini berlaku akibat hilangnya nilai-nilai moral dalam diri mereka sehingga lupa mengabaikan tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.
Kepada negara :
1) Gejala sosial semakin meningkat : Hal ini terjadi kerana gejala ini turut menyumbang kepada masalah pembuangan bayi yang semakin meningkat dan mencetuskan fenomena baru di negara kita.Mangsa akan berasa tertekan dan hilang punca sehingga bertindak membuang bayi yang tidak sah nasab keturunannya di sisi agama.
LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI SUMBANG MAHRAM
1) Mangsa perlu berani melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Hal ini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang dan dapat menahan suspek dengan secepat mungkin.
2) Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang sumbang mahram seperti melalui kempen- kempen kesedaran anjuran Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan Jabatan Agama Islam Negeri.
Hal ini bertujuan untuk mencegah dan memberi didikan awal kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak perempuan yang kebanyakannya menjadi mangsa kepada gejala ini.
Badan-badan NGO,International Womens Union,All Women's Action ( AWAM ),Woman's Aid Organisation,Women's Centre for Change ( WCC ) Penang.
*Memberi perlindungan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa yang teraniaya agar mereka berasa lebih selamat kelak.
3) Mewartakan undang-undang khas bagi kes ini
Kes rogol melibatkan muhrim harus dipandang lebih serius berbanding dengan kes-kes rogol biasa.Hal ini kerana kes ini melibatkan kaum keluarga pihak lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh keluarga dan masyarakat untuk menjaga dan melindungi ahli keluarga tetapi hal sebaliknya berlaku.
DISEDIAKAN OLEH : ELEANA BT HAMIRUDDIN (205924)
No comments:
Post a Comment