Saturday, August 28, 2010

PENGKID DALAM KALANGAN REMAJA



Masalah pengkid bukanlah satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Masalah ini telah lama wujud sehingga kini masih menjadi barah dalam masyarakat khususnya golongan remaja . Pengkid boleh diklasifikasikan sebagai masalah kecelaruan jantina . Kebiasaannya masalah ini sering terjadi kepada golongan wanita. Pengkid juga boleh ditakrifkan sebagai seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki sama ada dari segi berpakaian , perlakuan , dan cara percakapannya . Hal ini kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dilahirkan sebagai wanita . Masalah ini wujud disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor yang dikenalpasti adalah berpunca daripada personaliti individu itu sendiri. Golongan ini bertindak atas desakan hawa nafsu mereka yang menginginkan perubahan dalam diri mereka. Mereka sanggup bertindak membelakangkan agama demi tuntutan hawa nafsu yang songsang tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi kepada mereka kelak. Pernah berlaku dalam masyarakat remaja hari ini khususnya golongan pengkid ini yang kita sedia maklum terdiri daripada golongan wanita yang sanggup mengikat payudara mereka bagi menutup identiti mereka sebagai seorang wanita.Bagi mereka cara ini berkesan untuk mencari ‘teman wanita’ yang pastinya adalah daripada golongan mereka. Natijahnya golongan pengkid ini wujud disebabka oleh keinginan untuk bernafsu seperti lelaki. Selain itu, masalah pengkid ini wujud adalah disebabkan oleh kurangnya pendedahan agama dalam diri mereka. Jika dari kecil lagi mereka diasuh dengan ilmu agama yang mantap , masalah ini tidak akan wujud kerana mereka dapat mengetahui fungsi diri mereka yang sebenarnya. Seperti pepatah melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa yang terlalu obses terhadap pekerjaan menyebabkan anak-anak terdedah dengan dunia pengkid yang mampu memberi mereka keseronokan yang tidak sepatutnya . Hal ini telah membawa kepada punca yang seterusnya iaitu pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian wujud apabila mereka melihat cara hidup rakan mereka yang dirasakan unik dan berbeza daripada orang lain mempengaruhi mereka untuk turut sama menjadi salah seorang daripada golongan pengkid ini. Ditambah pula dengan sikap ibu bapa yang tidak mempedulikan hal mereka akan memudahkan lagi untuk mereka terlibat dengan warga pengkid ini. Apabila mereka telah menjadi salah seorang warga pengkid sukar bagi mereka untuk berpatah balik. Oleh itu, beberapa langkah boleh diambil bagi mengurangkan gejala pengkid ini dari terus bermaharajalela, antaranya ialah mengadakan program kaunseling. Ini bertujuan untuk member bimbingan dan kesedaran kepada golongan pengkid ini untuk berubah. Hal ini kerana mereka masih boleh diselamatkan lagi sekiranya mereka diberi pendedahan awal tentang cara mengurus kehidupan yang betul. Apatah lagi mereka ini terdiri daripada golongan yang masih hijau dengan kehidupan dunia yang sebenar. Mungkin ada terdapat segelintir daripada mereka hanya ingin mencuba sesuatu yang baru kerana seperti yang kita sedia maklum pada usia remaja ini remaja mempunyai perasaan ingin mencuba yang sangat kuat berbanding golongan dewasa. Jadi perbuatan songsang ini hanya berlandaskan kepada hawa nafsu dan perasaan ingin mencuba. Malah ianya boleh disifatkan keinginan yang sementara. Maka perbuatan ini boleh kita hentikan melalui program kaunseling kepada mereka agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan.


Tetapi perlu diingat bukan semua golongan pengkid ini mempunyai kesedaran yang sedemikian,mereka yang tiada pegangan agama yang mantap lebih cenderung untuk kekal sebagai golongan pengkid. Di sini peranan ibu bapa sangat penting dalam menangani masalah pengkid ini. Lebih-lebih lagi jika anak-anak mereka terlibat dengan gejala pengkid ini. Mereka perlu lebih bertanggungjawab dalam mengurus hal anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak begitu mengambil berat tentang kehidupan anak-anak mereka di luar rumah. Mereka sepatutnya perlu sentiasa mengawasi perilaku anak-anak mereka terutamanya anak-anak perempuan. Dalam konteks ini anak-anak perempuan lebih cenderung kepada masalah pengkid kerana mereka mempunyai jiwa yang lemah dan mudah terikut dengan ajakan rakan-rakan mereka. Oleh itu sebagai ibu bapa yang prihatin perlulah sentiasa mempunyai waktu bersama anak-anak agar mereka terasa diri mereka dihargai.

Seterusnya media massa turut sama memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu pengkid ini kerana wujudnya masalah pengkid ini adalah daripada media itu sendiri yang sering memaparkan cerita-cerita yang berunsurkan kepada hubungan sejenis. Hal ini telah banyak mempengaruhi golongan remaja khususnya untuk terjerumus kepada gejala pengkid ini. Jadi sebagai penyiar maklumat yang terpenting, seharusnya mereka menyekat filem-filem atau drama-drama yang berunsur kepada hubungan sejenis ini bagi mengelakkan perbuatan yang tidak bermaruah ini terus menjadi kepada anak-anak remaja yang suatu hari nanti bakal memimpin negara untuk genersi akan datang.

Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang yang beriman kita haruslah menjauhkan diri daripada gejala yang tidak berfaedah ini kerana ianya tidak membawa kepada apa-apa makna melainkan untuk kepuasan nafsu semata-mata. Seterusnya kepada semua pihak yang mempunyai kesedaran tentang keburukan yang wujud di sebalik isu pengkid sepatutnya turut sama berganding bahu menyelesaikan masalah ini agar kita tidak menjadi sseperti yang pernah terjadi kepada kaum Nabi Lut yang umatnya di laknat oleh Allah s.w.t kerana hubungan sejenis yang wujud ketika itu. Sesungguhnya kita sebagai umat islam disuruh untuk menjauhi perkara yang mungkar dan dibenci oleh Allah s.w.t.

DISEDIAKAN OLEH : AINATUL MARDIAH BT MUSA

No comments:

Post a Comment